Sabtu, 28 Mei 2011

SEMINAR MEMBACA EKSPRES-i UNTUK GURU-GURU PASTI



EKSPRES-i adalah satu kaedah membaca yang terkini dan memberi inovasi baru dalam dunia literasi. Sejak diperkenalkan hampir 4 tahun lalu, Ekspres-i terus mendapat perhatian dari kalangan guru-guru dan ibubapa yang mengajar sendiri anaknya membaca. Ramai guru dan ibu bapa mengatakan bahawa kaedah ini sangat membantu dalam memudahkan proses mengajar kanak-kanak membaca. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu proses pembelajaran berjalan dengan lebih seronok dan tidak membebankan minda kanak-kanak.


Alhamdulillah, pihak kami sering menerima jemputan dari beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Antara nya termasuklah seminar anjuran Jabatan Pelajaran Negeri untuk guru-guru pemulihan sekolah, seminar jemputan khas dari tadika milik kerajaan negeri, serta seminar untuk guru-guru PASTI, tadika swasta, tadika KEMAS dan pihak ibubapa.

Terkini, pihak kami menerima cadangan dan permintaan dari guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ingin mengetengahkan kaedah ini untuk dimanfaatkan bersama. Antara PASTI Kawasan yang telah menjemput kami memberikan guru-guru mereka pendedahan berkenaan kaedah ini secara khusus termasuklah PASTI Kawasan Dungun ,Terengganu, dan PASTI Kawasan Kuantan, Pahang. Alhamdulillah, maklumbalas dari peserta seminar sememangnya sangat memberangsangkan. Seminar ini ternyata telah memberi motivasi dan idea-idea baru kepada guru-guru berkenaan tentang proses mengajar membaca dengan lebih mudah dan cepat. Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman yang berkaitan juga telah memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui serba sedikit ilmu psikologi kanak-kanak dan kaedah mengajar dalam suasana yang lebih terkawal dan berkesan.

Bagi memenuhi permintaan demi permintaan yang mahu agar kaedah ini disebarluaskan, kini kami membuka ruang kepada pihak pengurusan PASTI dari Kawasan lain untuk menganjurkan seminar Ekspres-i ini bagi memberi peluang kepada guru-guru meningkatkan lagi pengetahuan dan prestasi guru-guru PASTI bagi kawasan masing-masing.

Bagi pihak pengurusan PASTI yang berminat, bolehlah menghubungi kami di talian 019- 9933668 (Cikgu Adie) untuk tempahan tarikh seminar dan perbincangan lanjut . Walau bagaimana pun, penerimaan jemputan adalah tertakluk kepada kekosongan jadual penceramah pada tarikh tersebut.

Jemputlah melayari laman web rasmi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EKSPRES-i.

http://www.bacaekspres.webs.com/

Sekian untuk makluman. Jazakallahu khairan kathira.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan