Pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i
Kami terlibat dalam bidang pendidikan kanak-kanak ini sudah hampir menjangkau tempoh 12 tahun. Walau pun bukan seorang pakar, tapi alhamdulillah, kami gembira kerana telah berjaya membantu ramai kanak-kanak membaca. Membaca adalah asas kepada sesuatu pembelajaran yang lain. Inilah yang membuatkan hati kami sangat terikat kepada bidang ini.
Ia umpama menanam sepohon pokok buah-buahan, kita perlu bersabar menyiramnya, membaja, malah perlu bijak mencantas ranting yang tidak perlu. Namun, selepas itu, kita boleh bergembira menuai hasilnya. Lebih menarik lagi, dalam proses mengajar membaca ini, hasil yang kita tuai itu boleh dinikmati secara berterusan, meski pun setelah kita tiada lagi di dunia ini. InsyaAllah.
Ada seorang guru datang kepada kami dan mengeluh. Katanya dia sedih dengan nasibnya yang dari dulu asyik menjadi guru pemulihan sekolah. Dia asyik ditugaskan mengajar kanak-kanak yang bermasalah membaca, sedangkan dalam masa yang sama beberapa orang sahabat baiknya sudah menjadi guru pakar. Kami kasihan mendengar keluhan hatinya, namun rasa kasihan itu bukan kerana mengenang nasibnya yang terpaksa menggalas tugas mengajar kanak-kanak pemulihan, sebaliknya, kami bersimpati kerana dia tidak tahu menghargai peluang besar yang diberikan Allah untuknya.
Mengajar membaca tidak sama nilainya dengan mengajar sains, geografi, atau statistik. Ia jauh lebih bernilai. Pahala mengajar statistik boleh dituai selama mana pelajar-pelajar mengaplikasikan pengetahuan tersebut sahaja, tetapi pahala mengajar membaca boleh dituai setiap masa!
Membaca adalah pengetahuan asas, dan seseorang yang sudah boleh membaca akan mengaplikasikan pengetahuan tersebut hampir setiap ketika, tidak kira di sekolah, di jalanan, di rumah, atau di mana-mana sahaja. Kerana itu, kita yang mengajarnya membaca ini juga akan terus mengutip pahalanya yang berterusan mengalir dan mengalir ke dalam 'akaun akhirat' kita. Betapa mudahnya!
Sebab itu, kami selalu berkata dalam seminar yang kami kendalikan, 'gaji' guru tadika jauh lebih tinggi dari pensyarah universiti! Kita tidak bercakap dalam konteks Ringgit Malaysia yang kita terima dari manusia, sebaliknya ia mengenai 'gaji' yang diberi Allah, yang jauh lebih besar dan bernilai.
Jadi, jika anda seorang yang terlibat dalam mengajar kanak-kanak membaca, jangan sesekali berasa rendah diri, tetapi, bergembiralah. Nikmati saat-saat 'menyemai' ini kerana satu saat nanti, anda pasti teruja menuai hasilnya! Barangkali jasa anda yang kecil itulah yang kemudiannya nanti bakal menerangi anda di alam barzakh. Ajarlah anak murid anda, atau anak-anak anda, atau nak jiran anda, atau anak buah anda dengan hati yang lapang dan gembira. Bantulah mereka membaca!
Namun begitu, dalam proses mengajar membaca, kita sudah pasti berdepan dengan satu hakikat bahawa ia bukan satu tugasan yang mudah. Mengajar membaca bukan seperti membuat silap mata. Ia satu proses yang memerlukan kita istiqamah dengan usaha dan masa, ia memerlukan kebijaksanaan kita mengendalikannya.
Sepanjang mengendalikan bengkel membaca ekspres di Terengganu, kami sering ditanya tentang rahsia bagaimana kami berupaya membuat kanak-kanak membaca dengan mudah dan cepat. Malah, kami berbesar hati bila menerima kunjungan demi kunjungan dari kalangan guru-guru sekolah yang jauh lebih hebat dan terlatih dari kami untuk 'mengorek' rahsia kaedah yang kami gunakan.
Ada juga ibubapa yang hairan bagaimana anak mereka yang gagal membaca walaupun 3 tahun berada di tadika, sebaliknya boleh membaca dengan lancar hanya setelah 3 bulan mendapat bimbingan di Pusat Membaca kami.
Sebenarnya, tidak ada sebarang rahsia. Kami selalu menekankan bahawa kesungguhan seorang guru adalah senjata utama dalam pendidikan kanak-kanak. Jika guru sambil lewa dan mengajar kerana terpaksa, sudah tentu hasilnya tak sebaik mana. Namun begitu, sudah tentu tidak dinafikan bahawa kaedah yang digunakan juga tidak kurang pentingnya. Umpama usaha melumatkan cili, kalau guna lesung pun boleh juga, tapi kalau guna blender sahaja, sudah tentu jauh lebih mudah dan menjimatkan masa.
Justeru itu, bila bercakap tentang kaedah, kami bersyukur kerana Allah telah memberikan idea dan ilham tentang satu teknik yang kami namakan 'EKSPRES-i'. Hampir 12 tahun kami mengendalikan Bengkel Membaca dengan menggunakan pelbagai kaedah mengajar. Bermula dengan mengeja, kaedah foniks dan akhirnya kami menemukan kaedah pengecaman sukukata yang telah berjaya kami permudahkan dengan teknik imaginasi dan lenggok bunyi.
Kata peserta-peserta seminar kami sebelum ini, EKSPRES-i sememangnya jauh lebih mudah dan lain dari yang lain. Ramai yang telah berjaya memanfaatkannya, dan kami gembira untuk terus berkongsi kaedah ini dengan lebih ramai guru dan ibubapa.
Untuk itu, kami akan terus menganjur dan menerima jemputan demi jemputan untuk mengendalikan seminar berkenaan KAEDAH MUDAH MENGAJAR MEMBACA DENGAN EKSPRES-i ini. Banyak yang ingin kami kongsikan. Meskipun bukan pakar dalam bidang literasi ini, tetapi, mungkin ada sedikit pengetahuan dan pengalaman kami yang boleh dimanfaatkan bersama.
Jom, belajar cara mengajar!
http://www.bacaekspres.webs.com/
http://bacaekspres-i.blogspot.com/

Menerusi seminar ini, kami akan berkongsi :
Khusus buat guru-guru dan ibubapa yang ingin meningkatkan pengetahuan dan prestasi dalam mengajar kanak-kanak membaca, jemputlah hadir ke seminar yang kami anjurkan. Mudah-mudahan anda akan mendapat sedikit inspirasi, idea dan tips yang boleh membantu memudahkan lagi tugasan ini.- Tips meningkatkan motivasi dan mengawal emosi dalam mengajar kanak-kanak membaca
- Tips mengendalikan kelas membaca secara beramai-ramai untuk guru-guru
- Tips mengajar secara one-to one untuk guru dan ibu bapa.
- Kelebihan kaedah EKSPRES-i
- Panduan lengkap menggunakan Kaedah Ekspres-i
- Bagaimana teknik imaginasi dan lenggok bunyi memudahkan proses mengajar membaca.
- Bagaimana menggunakan Alat Bantu Mengajar Ekspres-i untuk pembelajaran yang lebih berkesan.
Jom, belajar cara mengajar!
http://www.bacaekspres.webs.com/
http://bacaekspres-i.blogspot.com/
Ade dok sining jual epok-epok, doh lame kite dok makang, kalu kite nok promosi paung bakor inti koleh kacang sining buleh dok,kite doh seghabuk paung bakor kite setambung lanar dok laku mane.Kena dok pok cik deghamang Padang Miding, ye buluh ngajor buak lopak tikang di anjung harih ikuang tu, ye pung doh lame dok khije, ce bagi ye khije, khije ape-ape pung tak pe
BalasPadamkat harih ikuang ni ade dok jual ikang aye, di pasor Hokiseng ye jualtige katang seghibu amah, maha dok setaghang, bukang ape kite nok bela ikang tu dalang akuariung ghumoh kite sambil2 bahang nasik lemok tepi akuariung buleh keghik isi ikang tu kalu lauk habih , baghu makang ikang pegheh
BalasPadam