Sabtu, 28 Mei 2011

SEMINAR MEMBACA EKSPRES-i UNTUK GURU-GURU PASTI



EKSPRES-i adalah satu kaedah membaca yang terkini dan memberi inovasi baru dalam dunia literasi. Sejak diperkenalkan hampir 4 tahun lalu, Ekspres-i terus mendapat perhatian dari kalangan guru-guru dan ibubapa yang mengajar sendiri anaknya membaca. Ramai guru dan ibu bapa mengatakan bahawa kaedah ini sangat membantu dalam memudahkan proses mengajar kanak-kanak membaca. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu proses pembelajaran berjalan dengan lebih seronok dan tidak membebankan minda kanak-kanak.


Alhamdulillah, pihak kami sering menerima jemputan dari beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Antara nya termasuklah seminar anjuran Jabatan Pelajaran Negeri untuk guru-guru pemulihan sekolah, seminar jemputan khas dari tadika milik kerajaan negeri, serta seminar untuk guru-guru PASTI, tadika swasta, tadika KEMAS dan pihak ibubapa.

Terkini, pihak kami menerima cadangan dan permintaan dari guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ingin mengetengahkan kaedah ini untuk dimanfaatkan bersama. Antara PASTI Kawasan yang telah menjemput kami memberikan guru-guru mereka pendedahan berkenaan kaedah ini secara khusus termasuklah PASTI Kawasan Dungun ,Terengganu, dan PASTI Kawasan Kuantan, Pahang. Alhamdulillah, maklumbalas dari peserta seminar sememangnya sangat memberangsangkan. Seminar ini ternyata telah memberi motivasi dan idea-idea baru kepada guru-guru berkenaan tentang proses mengajar membaca dengan lebih mudah dan cepat. Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman yang berkaitan juga telah memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui serba sedikit ilmu psikologi kanak-kanak dan kaedah mengajar dalam suasana yang lebih terkawal dan berkesan.

Bagi memenuhi permintaan demi permintaan yang mahu agar kaedah ini disebarluaskan, kini kami membuka ruang kepada pihak pengurusan PASTI dari Kawasan lain untuk menganjurkan seminar Ekspres-i ini bagi memberi peluang kepada guru-guru meningkatkan lagi pengetahuan dan prestasi guru-guru PASTI bagi kawasan masing-masing.

Bagi pihak pengurusan PASTI yang berminat, bolehlah menghubungi kami di talian 019- 9933668 (Cikgu Adie) untuk tempahan tarikh seminar dan perbincangan lanjut . Walau bagaimana pun, penerimaan jemputan adalah tertakluk kepada kekosongan jadual penceramah pada tarikh tersebut.

Jemputlah melayari laman web rasmi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EKSPRES-i.

http://www.bacaekspres.webs.com/

Sekian untuk makluman. Jazakallahu khairan kathira.













PENDAPAT MEREKA TENTANG EKSPRES-i

CIK NABILAHYAUMI, GURU BESAR TADIKA DAN SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR,

" Dari dulu lagi saya memang menggemari kaedah pengecaman sukukata berbanding kaedah mengeja dan sistem fonetik. Menerusi EKSPRES-i, nampaknya kaedah ini telah dipermudahkan lagi. Teknik lenggok bunyi yang diperkenalkan juga sangat menarik. Saya juga telah menggunakan sendiri kaedah ini untuk membantu pelajar-pelajar saya membaca. Tahniah kepada pengasas kaedah EKSPRES-i kerana telah berjaya memberi satu alternatif dalam kaedah mengajar membaca. "

PUAN MAIMUNAH, PENGUSAHA TADIKA DAN PUSAT TUISYEN ANJUNG FIRASAT

"Sebagai pengusaha tadika dan pusat tuisyen, saya sentiasa mencari-cari kaedah terkini dalam membantu pelajar-pelajar saya supaya cepat membaca. Kaedah EKSPRES-i memang cukup menarik dan lain dari yang lain. Saya sendiri telah menggunakannya dan mendapati ianya memang mudah diikuti oleh pelajar-pelajar saya berbanding kaedah lain. Malah beberapa orang pelajar saya berjaya membaca dalam tempoh 10 hari sahaja dengan bantuan modul EKSPRES-i! "

PUAN NORIDAH, GURU PEMULIHAN SK TASEK KUALA TERENGGANU.

" Saya membahagikan pelajar-pelajar pemulihan di bawah tanggungjawab saya kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan belajar membaca menggunakan kaedah lain, manakala satu kumpulan lagi menggunakan kaedah EKSPRES-i. Hasil dan prestasi pelajar memang berbeza. Pelajar yang menggunakan kaedah ini ternyata telah berjaya menamatkan sukatan pembelajaran dengan lebih mudah dan naik tahap dengan cepat. Saya terlalu gembira dengan prestasi mereka hingga saya membuat keputusan untuk kekal mengajar kanak-kanak pemulihan ini walaupun mereka sepatutnya bertukar guru kerana telah naik tahap. "

PUAN NOORBITAH, PASTI AZ ZAHRAH, & PENGUSAHA PUSAT MEMBACA TERAS BISTARI

" Pengalaman mengajar selama 10 tahun menyebabkan saya telah mempelbagaikan kaedah-kaedah membaca yang digunakan. Dengan EKSPRES-i, saya cukup teruja kerana ia jauh lebih mudah. Hanya dengan 3 kali sessi pembelajaran sahaja, pelajar-pelajar saya sudah boleh membaca petikan mudah. Alhamdulillah. "

PUAN MARIATUL, GURU PEMULIHAN, SK CONVENT SENTUL 1, KUALA LUMPUR

" Kaedah ini sangat baik kerana memmpunyai cara tersendiri dan mudah untuk difahami oleh murid. Saya akan menggunakannya."

PUAN NOOR HANA, GURU PEMULIHAN, SK SERI TASEK, KUALA LUMPUR.

" Kaedah ini sangat menarik untuk dipraktikkan. Saya bersetuju jika kaedah ini digunakan sebagai pilihan mengajar di tadika dan sekolah-sekolah kerana murid akan lebih mudah menguasai kemahiran yang diajar. Ia satu kaedah yang mudah dan lebih efektif. "

PUAN NORIZA, GURU PEMULIHAN SK TAMAN BUKIT MALURI, KEPONG.

" EKSPRES-i adalah kaedah yang sangat baik bagi murid belajar membaca dengan cepat. Ia penemuan baru yang unik dan menarik. "

ENCIK YAP SENG WING, GURU PEMULIHAN SRJK(C) NAN KAI,

" Kaedah yang sangat baik. Ia lain daripada apa yang biasa disaran dalam sukatan. Kaedah ini menyebabkan saya dan murid tidak akan boring berjumpa pada setiap hari. "

NURUL AKMAL BINTI ABDUL KADIR, TADIKA TENGKU ANIS, KOTA BHARU.

Terasa lebih santai menggunakan kaedah ini dan kanak-kanak mesti akan berasa lebih seronok. Ia kaedah yang mudah diajar dan dan memberi idea baru kepada saya untuk dipraktikkan di dalam kelas.

NORAZIZAH BINTI HARON, PASTI AT-TAQWA, PASIR MAS, KELANTAN.

Kaedah ini memudahkan kanak-kanak mengecam, mengenal serta membantu mereka mudah membaca. Banyak ilmu baru yang dipelajari dan bermanfaat. Penyampaian yang jelas, padat lagi berkualiti.

NIK ROGAYAH BINTI R.SOH., GURU TABIKA KEMAS, KOTA BHARU

Kaedah ini amat baik dalam melaksanakan tugas-tugas kami demi anak-anak didik kami menghadapi masa depan. Ia amat mudah membantu kanak-kanak membaca. dan sesuai dengan tugas kami sebagai guru-guru tabika. Saya amat berpuas hati dan mencadangkan seminar seperti ini diadakan sentiasa pada masa-masa akan datang.

ENCIK KAMAROLZAMAN, TADIKA ERA KREATIF, SEREMBAN.

Satu kaedah yang 'evolusi', innovatif, memaparkan idea yang baru dan cara penyampaian yang mantap!

PUAN MAZNAH BINTI ABDULLAH KEMAS PAYA BESAR, KUANTAN PAHANG.

Kaedah yang baru dan teknik pengecaman yang baru, Ianya memudahkan teknik pembelajaran. Lain dari yang lain. Penceramah yang berpengalaman dan banyak berkongsi idea.

PUAN MAZNAH BINTI SALLEH, GURU YAYASAN ISLAM KELANTAN

Kaedah ini bagus memandangkan murid-murid akan lebih mudah memahami dan tidak stress. Fasilitator mempunyai kesungguhan dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

NURUL AKMAL BINTI ABDUL KADIR, TADIKA TENGKU ANIS

Terasa lebih santai menggunakan kaedah ini dan kanak-kanak mesti akan berasa lebih seronok. Ia kaedah yang mudah diajar dan dan memberi idea baru kepada saya untuk dipraktikkan di dalam kelas.

NORAZIZAH BINTI HARON, PASTI AT-TAQWA, PASIR MAS

Kaedah ini memudahkan kanak-kanak mengecam, mengenal serta membantu mereka mudah membaca. Banyak ilmu baru yang dipelajari dan bermanfaat. Penyampaian yang jelas, padat lagi berkualiti.

HANISAH ABDULLAH, PASTI DESA TAQWA

Kaedah Ekspres-i amat berguna untuk pembelajaran di sekolah saya, ia amat mudah dan senang untuk mengajar membaca. Penyampaian yang amat padat dan berkesan.

SITI KHADIJAH MOHAMAD, GURU PASTI KELANTAN.

Kaedah ini santai dan kurang membebankan minda. Ia satu kaedah yang mudah diajar kepada kanak-kanak serta mudah difahami. Penyampaian yang amat berkesan.

SUZIWATI BINTI MOHD SALLEH, KEMAS KOTA BHARU.

Kaedah ini cepat dan berkesan. Mudah diikuti serta meyakinkan. Seminar yang tersusun dan teratur serta penyampaian yang jelas dan terang.

NIK ROGAYAH BINTI R.SOH., GURU TABIKA KEMAS

Kaedah ini amat baik dalam melaksanakan tugas-tugas kami demi anak-anak didik kami menghadapi masa depan. Ia amat mudah membantu kanak-kanak membaca. dan sesuai dengan tugas kami sebagai guru-guru tabika. Saya amat berpuas hati dan mencadangkan seminar seperti ini diadakan sentiasa pada masa-masa akan datang.

PUAN RAHIMAH BINTI RAZALI- PM KEMAS TABIKA INDERA MAHKOTA

Kaedah Membaca menggunakan teknik pengecaman sukukata dengan inovasi EKSPRES-i boleh membuat kanak-kanak membaca dengan lebih mudah dan gembira serta menjimatkan masa. Ia merupakan pendekatan yang baik, mudah dan ilmu yang baru bagi diri saya.

PUAN FADZILAH BINTI MUDA- PM TABIKA KEMAS

Kaedah yang sesuai dan amat berkesan. Ia mengubah paradigma kami selepas mengikuti seminar ini. Saya mencadangkan pihak EKSPRES-i mengadakan / mencadangkan kaedah ini untuk digunakan di Unit Pra Sekolah KEMAS.

PUAN MAZNAH BINTI ABDULLAH, KEMAS PAYA BESAR

Kaedah yang baru dan teknik pengecaman yang baru, Ianya memudahkan teknik pembelajaran. Lain dari yang lain. Penceramah yang berpengalaman dan banyak berkongsi idea.

PUAN AINI BT KAMARUDIN, PENGUSAHA TADIKA ERA KREATIF

Kaedah yang sungguh meyakinkan. Kaedah ini banyak kelebihan dari kaedah yang kami gunapakai sekarang. Seminar ini menambah idea baru kepada saya kerana ada aktiviti menarik untuk diajar kapada kanak-kanak. Penyampaian yang padat dan terang.

PUAN ZAINUN BINTI ISMAIL, PASTI AZZAHRAH

Kaedah yang mudah, cemerlang dan menyeronokkan. Cara pengajaran akan menjadi lebih mudah difahami dan diikuti oleh kanak-kanak. Penceramah yang kelakar dan cara penyampaian yang mudah difahami.

PUAN SHARIFAH NOR JUHAIDA, PASTI AL MAWADDAH

Ini kali kedua saya hadir seminar EKSPRES-i. Banyak timba ilmu baru lagi. Kalau ada buat lagi lepas ni..saya tetap akan pergi untuk kali ketiga dan seterusnya.. Sangat bermanfaat!

SITI NOR AKMA ALI

Kaedah yang lebih menyeronokkan, santai, dan pengisian seminar yang padat walaupun dalam masa yang singkat.

SUHAFIZA AHMAD SANUSI - TADIKA CAHAYA UMMU MAISARAH

Kaedah ini sangat mudah dan senang diikuti oleh kanak-kanak. Saya mendapat ilmu yang sangat bermakna. Penceramah yang sangat bagus dan bahan yang cukup.

PUAN MAZENAH AWANG - PM TADIKA KEMAS

Kaedah yang mudah difahami dan menarik minat kanak-kanak. Penyampaian dengan suara yang kuat lagi jelas.

NORHAYATI SULAIMAN, TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Kaedah yang mudah difahami, mudah diingat dan seronok. Penceramah yang baik, rasa seronok dan tidak mengantuk.

PUAN MARIA ISMAIL. GURU TADIKA KEMAS.

Kaedah yang amat bersesuaian di tahap tadika. Seminar ini memberi idea baru untuk saya mengajar.

PUAN ASLINA - PENGUSAHA TADIKA & TASKA E-COTTAGE

Kaedah ini cepat dan mudah digunapakai di tadika dan sekolah. Banyak pengetahuan baru saya dapat. Cara penyampaian penceramah yang sangat baik.

PUAN RUMAIZAH IBRAHIM. GURU BESAR TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU.

Sesuai digunapakai kerana kaedah yang mudah, cepat dan tidak membebankan minda kanak-kanak. Penyampaian dengan gaya tersendiri, banyak contoh dan penerangan terperinci.